1. Apa perlu saya buat jika produk yang diterima pecah/rosak?

Anda perlu hubungi kami dalam masa 3 hari dari Tarikh terima produk. Kami akan tawarkan pilihan samaada pulang semula wang anda untuk nilaian pasu sahaja atau kami hantarkan unit pasu baru. Kami tidak akan pulangkan wang anda jika anda hubungi kami selepas tempoh 3 hari dari tarikh terima.

  • Macamana jika saya tidak menerima produk yang telah dipesan?

Anda perlu hubungi pihak syarikat penghantaran dan berurusan dengan mereka. Namun begitu,kami juga akan desak syarikat penghantaran untuk buat penghantaran segera. Jika dalam tempoh 2 minggu anda masih belum menerima produk, kami akan tawarkan untuk pulangkan wang nilaian satu gubahan atau pos unit baru. Pulangan wang nilai satu gubahan yang dipesan hanya sah sekiranya produk hilang/tidak diterima.

  • Macamana proses untuk pemulangan produk

Anda perlu hantar produk ke alamat kami. Duit penghantaran anda ditanggung oleh anda. Masa untuk pertukaran produk berubah mengikut lokasi alamat anda. Untuk pengeposan pasu/apa-apa produk yang mudah pecah,anda diminta untuk meletakkan stiker fragile untuk mengelakkan kerosakan produk. Masalah kerosakan item setelah dipos akan dikira terbatal untuk pemulangan. Kami hanya boleh pos unit baru(pasu sahaja) jika anda tergolong dalam kondisi 1&2 (seperti dinyatakan di atas). Jika anda dalam kondisi diatas, sila whatsapp kami untuk penukaran. Anda boleh whatsapp kami di +6019-9328117.

  • Macamana proses untuk mohon pulangan wang?

Perbezaan pencahayaan imej dalam website dan warna produk sebenar tidak diterima untuk tujuan pemulangan. Kami hanya boleh pulangkan wang anda(untuk nilai pasu sahaja) jika anda tergolong dalam kondisi 1&2 (seperti dinyatakan di atas). Jika anda dalam kondisi diatas, sila whatsapp kami untuk proses pemulangan wang. Anda boleh whatsapp kami di +6019-9328117.

  • Perbezaan corak pasu(warna sama),perbezaan hiasan bunga/jenis bunga berbanding gambar di website?

Perbezaan filler bunga/jenis bunga/pencahayaan/corak tekstur pasu tidak dikira sebagai item rosak/salah order. Pihak Huge Brown Floristry berusaha menghasilkan design yang sama dengan gambar mengikut stok bunga yang ada di pasaran. Sebagaimana yang diketahui,stok bunga di Malaysia berubah-ubah dan kami mencuba untuk hasilkan design yang terbaik dan produk yang hampir 100% sama.